Posts

Showing posts from November, 2022

DONAT RED VELVET

Image
Resepi sama donut macam biasa, cuma tambah tepung gandum sahaja bagi cukup 3 cawan. Disebabkan 1 paket tepung itu sikit sahaja, jadi tambah sahaja tepung gandum. BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN : 🍩 3 cawan tepung gandum ( Termasuk tepung kek red velvet ) 🍩 Telur -  1 biji 🍩 Marjerin - 2 sudu 🍩 Susu pekat - 3 sudu 🍩 Garam sedikit ( agak-agak ) 🍩 Yis - 4 sudu 🍩 Gula - 3 sudu 🍩 Baking powder - 1 Sudu 🍩 Air suam ( agak-agak sahaja janji tidak lembik atau keras tepung ) CARA-CARA PENYEDIAAN : 🥣 Yis dan gula campur sekali dengan air suam 🥣 Selepas Yis kembang, campur semua dalam tepung. Boleh uli dan perap bagi kembang 🥣 Dah kembang sekali ganda 🥣 Buang angin uli sekejap 🥣 Bulat-bulatkan donut dan tunggu kembang sekejap, baru goreng. ♨️ Api jangan kuat sangat nanti cepat hangit.