RUMPUT DEGIL
DEGIL-DEGIL PUN BANYAK MANFAATNYA TAU.. Hai semua, saya mahu share salah satu jenis tumbuhan yang semua orang tak pandang pokok ini walau pun sebelah mata. Sebab apa? Mungkin sebab dia adalah tumbuhan yang menyebabkan kita semua rasa meluat dengan kedegilannya. Buang nanti akan tumbuh lagi, buang tumbuh lagi, kalau tumbuh lagi mesti buang. Siapa pernah tengok pokok rumput ini? Tumbuh subur dimana-mana sahaja tanah yang selalu semua pijak. Saya perkenalkan, inilah Pokok Rumput Sambau, Rumput Degil, Rumput Liat, Rumput Kucing dll.. Tepi rumah, belakang rumah, dalam longkang, dalam pasu, tepi jalan, dalam garaj. Pendek kata semua tempat dia ada. Tebas nanti tumbuh lagi, walaupun diracun, selang 2 minggu dia tumbuh balik. Sebenarnya kita tak tahu khasiatnya sebab itu kita meluat, rimas dan menyumpah bagai. 😅 Bila sudah tahu nanti bolehlah amal ya, bila sudah tahu nanti janganlah pergi cari benih dan tanam pula ya sebab paling senanglah mahu dapat ini. Jom kita baca dan ambil t...