Posts

Showing posts from October, 2022

MAKANAN IBU BERPANTANG

Image
Jenis Makanan Yang Tak Boleh Dimakan Oleh Ibu Berpantang Selepas Bersalin : •  Ikan kembung - Gatal •  Ikan cencaru - Tajam   •  Ikan siakap - Boleh menyebabkan bentan •  Ikan sardin - Gatal •  Ikan tongkol - Gatal •  Semua makanan dalam tin - Tinggi garam, angin dan bisa   •  Sayur kangkung - Sejuk dan angin •  Timun - Sejuk   •  Terung - Sejuk dan boleh menyebabkan bentan   •  Nenas - Tajam dan boleh menyebabkan bentan   •  Kacang tanah - Angin   •  Telur - Gatal Paling dielakkan oleh ibu bersalin czer kerana boleh menyebabkan luka czer menjadi gatal dan bernanah, •  Santan - Sejuk dan angin Jenis makanan paling disyorkan buat ibu berpantang : ✅ Ikan haruan   ✅ Ikan selar   ✅ Ikan gelama ✅ Ikan merah ✅ Daging   ✅ Sayur sawi ✅ Sayur carrot   ✅ Sayur brokoli   ✅ Buah oren manis   ✅ Kismis ✅ Kurma ✅ Madu   ✅ Habbatussauda'   ✅ Susu kambing ✅ Halia ✅ Bawang putih   ✅ Lada hitam   ✅ Ulam pegaga Makanan bergoreng elakkan ya sampai pada minggu kedua berpantang baru boleh mak

10 KEBAIKAN SAFFRON UNTUK KESIHATAN

Image
Khasiat saffron yang banyak menjadikan rempah ini mahal.  Sekurang-kurangnya, terdapat 10 kebaikan untuk kesihatan saffron yang telah terbukti berkesan. Saffron adalah rempah yang paling mahal di dunia. Sebab harganya agak mahal kerana cara penuaian saffron, jadi kos pengeluaran rempah ini mahal. Saffron dituai dengan tangan daripada bunga  Crocus sativus , umumnya dikenali sebagai  saffron crocus . 10 KEBAIKAN SAFFRON UNTUK KESIHATAN YANG TERBUKTI 1. Antioksida yang kuat Manfaat pertama saffron adalah sebagai antioksida yang kuat.  Saffron mengandungi pelbagai sebatian tumbuhan yang bertindak sebagai antioksida, molekul yang melindungi sel daripada radikal bebas. Saffron mengandungi safranal yang boleh membantu meningkatkan mood, ingatan, dan kebolehan pembelajaran, serta melindungi sel-sel otak daripada tekanan oksidatif. Kemudian, kaempferol ditemui dalam kelopak bunga saffron.  Sebatian ini telah dikaitkan dengan faedah kesihatan, seperti mengura

RUMPUT DEGIL

Image
DEGIL-DEGIL PUN BANYAK MANFAATNYA TAU.. Hai semua, saya mahu share salah satu jenis tumbuhan yang semua orang tak pandang pokok ini walau pun sebelah mata. Sebab apa? Mungkin sebab dia adalah tumbuhan yang menyebabkan kita semua rasa meluat dengan kedegilannya. Buang nanti akan tumbuh lagi, buang tumbuh lagi, kalau tumbuh lagi mesti buang. Siapa pernah tengok pokok rumput ini? Tumbuh subur dimana-mana sahaja tanah yang selalu semua pijak. Saya perkenalkan, inilah Pokok Rumput Sambau, Rumput Degil, Rumput Liat, Rumput Kucing dll.. Tepi rumah, belakang rumah, dalam longkang, dalam pasu, tepi jalan, dalam garaj. Pendek kata semua tempat dia ada. Tebas nanti tumbuh lagi, walaupun diracun, selang 2 minggu dia tumbuh balik. Sebenarnya kita tak tahu khasiatnya sebab itu kita meluat, rimas dan menyumpah bagai. 😅 Bila sudah tahu nanti bolehlah amal ya, bila sudah tahu nanti janganlah pergi cari benih dan tanam pula ya sebab paling senanglah mahu dapat ini. Jom kita baca dan ambil t