DONAT RED VELVET

Resepi sama donut macam biasa, cuma tambah tepung gandum sahaja bagi cukup 3 cawan. Disebabkan 1 paket tepung itu sikit sahaja, jadi tambah sahaja tepung gandum.


BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN :

🍩 3 cawan tepung gandum ( Termasuk tepung kek red velvet )

🍩 Telur -  1 biji

🍩 Marjerin - 2 sudu

🍩 Susu pekat - 3 sudu

🍩 Garam sedikit ( agak-agak )

🍩 Yis - 4 sudu

🍩 Gula - 3 sudu

🍩 Baking powder - 1 Sudu

🍩 Air suam ( agak-agak sahaja janji tidak lembik atau keras tepung )


CARA-CARA PENYEDIAAN :

🥣 Yis dan gula campur sekali dengan air suam

🥣 Selepas Yis kembang, campur semua dalam tepung. Boleh uli dan perap bagi kembang

🥣 Dah kembang sekali ganda

🥣 Buang angin uli sekejap

🥣 Bulat-bulatkan donut dan tunggu kembang sekejap, baru goreng.


♨️ Api jangan kuat sangat nanti cepat hangit.

Comments

Popular posts from this blog

ILMU TAYAR

PENGALAMAN SEMASA MENGAMBIL VAKSIN