RUMPUT DEGIL


DEGIL-DEGIL PUN BANYAK MANFAATNYA TAU..

Hai semua, saya mahu share salah satu jenis tumbuhan yang semua orang tak pandang pokok ini walau pun sebelah mata. Sebab apa? Mungkin sebab dia adalah tumbuhan yang menyebabkan kita semua rasa meluat dengan kedegilannya. Buang nanti akan tumbuh lagi, buang tumbuh lagi, kalau tumbuh lagi mesti buang.

Siapa pernah tengok pokok rumput ini? Tumbuh subur dimana-mana sahaja tanah yang selalu semua pijak. Saya perkenalkan, inilah Pokok Rumput Sambau, Rumput Degil, Rumput Liat, Rumput Kucing dll.. Tepi rumah, belakang rumah, dalam longkang, dalam pasu, tepi jalan, dalam garaj. Pendek kata semua tempat dia ada. Tebas nanti tumbuh lagi, walaupun diracun, selang 2 minggu dia tumbuh balik.

Sebenarnya kita tak tahu khasiatnya sebab itu kita meluat, rimas dan menyumpah bagai. 😅

Bila sudah tahu nanti bolehlah amal ya, bila sudah tahu nanti janganlah pergi cari benih dan tanam pula ya sebab paling senanglah mahu dapat ini. Jom kita baca dan ambil tahu semua khasiatnya.


AKAR direbus tiada sukatan, ikut selera masing-masing.

🌱 Kecutkan perut dan usus, kalau rasa perut tak selesa dan sedikit besar kedepan tu bolehlah amal ya.

🌱 Merawat cirit-birit, tak kira lah salah makan atau memang rutin mingguan atau bulanan terkena cirit ini.

🌱 Bagus untuk turunkan suhu panas yang melampau, selalu demam panas pada kanak-kanak. Bagi anak minum.

🌱 Penyakit hati bengkak atau apa-apa sahaja masalah pasal hati, bagus untuk amal.

🌱 Ada orang selalu atau mudah keluar peluh, baru angkat tangan nak suap nasi dan berpeluh, sila amal dengan rela.


DAUN

🌱 Pernah tengok kucing makan daun rumput, haaa ni la antara rumputnya. Dia makan sebab perutnya rasa tak selesa, mungkin juga keracunan atau sebagainya. Lepas dia makan, tak lama kemudian dia akan muntah makanan berserta daun rumput yang dia makan. Kita pun boleh cuba kalau keracunan, itu pun kalau sangguplah.

🌱 Segenggam daun dikisar dengan secawan air untuk dijadikan jus. Bagus untuk anak-anak yang kecacingan, sama ada cacing pita atau cacing ramu.


Ini khasiat keseluruhan POKOK bila direbus, rebus akar, batang dan daun.

🌱 Merawat sistem saluran kencing, menyah toksin yang melekat atau mengganggu saluran perkumuhan anda. 

🌱 Kalau ada masalah kencing tak puas, kejap-kejap masuk tandas, kejap-kejap saja air kencing terkeluar. Boleh amal untuk melawaskan kencing.

🌱 Bagi yang ada masalah sakit sendi, tak kiralah sendi bahagian mana pun. Bengkak ke, merah2 ke, boleh cuba amalkannya.

🌱 Menurunkan suhu badan yang panas, selalunya bila demam suhu badan akan tinggi kan? Boleh amalkannya.

🌱 Bagi yang ada masalah angin pasang, boleh amalkan air rebusan rumput ini. Tahu angin pasang? Bukan air pasang ya.

🌱 Yang makan tanpa fikir makanan tu bersih atau sudah rosak, sila standby dengan segelas air rebusan rumput sambau ya.. Rasa memulas je perut tu terus minum. Kalau belum berkesan sila amal lagi sampai nampak kesannya.

🌱 Deman kuning selalunya pada bayi yang baru lahir, jadikan air mandian atau titiskan kedalam mulut.

🌱 Penyakit hati bengkak atau apa-apa sahaja masalah mengenai hati, bagus untuk amal. 

🌱 Bagi yang ada masalah gigi dan gusi berdarah, boleh amal air rebusan dengan cara berkumur atau meminumnya.

Sekian perkongsian pasal Rumput Degil ini, seliat-liatnya pun ada manfaat pada manusia dan haiwan. Semoga ianya bermanfaat untuk kita semua.

Comments

Popular posts from this blog

ILMU TAYAR

PENGALAMAN SEMASA MENGAMBIL VAKSIN