AIR TERJUN DI KOTA MARUDU, SABAH

Terdapat banyak air terjun di daerah Kota Marudu. Disebabkan keadaan jarak yang jauh, jalan yang sukar dilalui, terdapat berpenunggu dan sebagainya menyebabkan tidak ramai mampu ke semua air terjun tersebut. Namun begitu, terdapat 2 air terjun yang sering dikunjungi pengungjung dan selamat bagi penduduk di daerah Kota Marudu.

1. AIR TERJUN HATOB
Terletak berhampiran Kg. Lotong, Kota Marudu Sabah. Tempat ini sering dikunjungi warga tempatan. Disamping dapat melihat air terjun, pengunjung juga dapat menikmati kehijauan hutan rimba disini. Apa yang menariknya lokasi air terjun ini ada kemudahan jalan raya yang baik. bagi anda yang mempunyai kenderaan boleh terus ke tempat ini. Selain itu, rumah tumpangan, tandas juga disediakan.

2. AIR TERJUN SORINSIM
Inilah air terjun yang paling terkenal di Kota Marudu. Promosi yang giat dijalankan oleh banyak pihak turut menyumbang kepada populariti air terjun ini di Sabah serta di seluruh dunia. Mungkin Air terjun ini terletak dalam area Stesen Kinabalu Park yang sesuai dijadikan tempat pelancongan.

Air terjun sorinsim terletak kira-kira 40km dari pekan Kota Marudu. Dan terlekat kira-kira 131km dari Kota Kinabalu. Airnya yang jernih dan persekitarannya yang tenang amat sesuai untuk aktiviti berkelah dan bercamping.

Comments

Popular posts from this blog

ILMU TAYAR

PENGALAMAN SEMASA MENGAMBIL VAKSIN