NGIU CHAP HALAL DI SABAH

RESIPI NGIU CHAP
(MEE SUP DAGING KARABAU/LEMBU) 
BAHAN-BAHAN :

SUP UTAMA :

● 1kg tulang karabau/lembu/tulang ayam
● 1kg daging karabau/lembu
● 200g urat daging karabau/lembu
● 200g Babat daging karabau/lembu
● Ikan bilis 100g
● 100g taugeh
● 10g gula batu
● 2 sudu teh lada putih (dihancurkan)
● 2 biji bawang bombay (dikupas)
● 1 sudu kecil garam secukup rasa
● 5 liter air

REMPAH (A) :

● 1/2 sudu kecil lada Szechuan (fah chiew, utk bau khas sup ini)
● 4 biji bunga lawang
● 1 sudu kecil jintan putih
● 2 cm cekur
● 4 cm kayu manis
● 5 cm halia (pecah²kan) 

PERASA (B) :

● 1 sudu kecil garam secukup rasa
● 1 sudu kecil gula
● 1 sudu besar kicap soya
● 1/2 sudu kecil kicap pekat

BAHAN-BAHAN YG DISERTAKAN SEMASA MENGHIDANG (C) :

● 1kg mee kuning /wantan
● 100g taugeh
● 1/2 mangkuk kecil bawang goreng
● Hirisan daun ketumbar

UNTUK SOS CILI :

● 5 cili kering (direndam)
● 5 cili merah
● 5 biji cili padi
● 5 ulas bawang putih
● 1 sudu besar cuka beras
● 2 sudu besar jus limau
● 3 sudu besar air masak sejuk
● 1 sudu kecil garam
● 1 sudu kecil gula

CARA-CARA MEMBUAT :

1. Utk menyediakan stok sup, bilas bersihkan tulang karabau. Masak air sampai mendidih di dlm periuk yg basar. Masukkan semua tulang karabau dan Bahan-bahan sup, masak sampai mendidih dengan api yg sederhana. Biarkan ia mendidih selama setengah jam atau sampai agak masak dan naik bau.

2. Perlahankan api dan reneh sup perlahan². Masak selama 1½ jam atau sehingga stok kurang separuh dari mula².

3. Tapis stok sup dan keluarkan rangka tulang kerbau dan bahan² lain, alihkan. Masak babat daging karabau ke dlm periuk air mendidih. Masak selama 15-20 minit. Keluarkan dan kemudian cuci babat dan buang lemak yg berlebihan. Potong babat menjadi kepingan nipis.

4. Masukkan pula urat dan daging karabau dlm air mendidih, masak selama 15-20 minit, angkat kemudian potong menjadi kepingan. Masukkan air bekas memasak babat, urat dan daing tadi ke dlm stok sup utama (rangka tulang karabau).

5. Panaskan minyak di dalam periuk dengan api sederhana tinggi. Apabila panas, tambah halia dan kacau selama 20-30 saat.

6. Tambah baki bahan-bahan (A). Goreng sehingga wangi.

7. Tuang dalam stok sup dan masak sehingga mendidih. Masukkan daging babat, urat dan daging. Kemudian perlahankan api dan biarkan selama 1 jam sampai daging lembut. Tambah perasa B utk sesuaikan rasa.

8. Untuk hidangan, masukkan mee dan taugeh ke dalam mangkuk. kemudian tuangkan sup beserta bahan-bahan daging tadi, bawang guring dan hirisan daun ketumbar. Makan semasa panas dengan sos cili.

9. Untuk sos cili, campurkan semua bahan-bahan dalam mesin pengisar. Kisar sampai halus.

+Info :
Ngiu Chap HALAL. Kalau makan daging ini pun kena jaga-jaga ya. Sedialah makan omega, Lecithin, CB plus. 

*Resepi dan gambar bukan admin punya ya. Kita tolong share ilmu saja. 💯

Comments

Popular posts from this blog

ILMU TAYAR

PENGALAMAN SEMASA MENGAMBIL VAKSIN