PENGALAMAN SEMASA MENGAMBIL VAKSIN

( 2 minit )
Datang PPV terus duduk untuk pendaftaran.

( 5 minit )
Sukarelawan akan panggil untuk isi borang, diorang siap tolong isikan lagi minta IC saja.

( 15 minit )
Masuk dalam dewan ( sebelum masuk dewan.. jangan lupa scan mysejahtera di page appointment ) untuk isi borang kesihatan sementara tunggu untuk sesi kaunseling ( ini ambil masa sebab doktor yang kaunseling.. diorang bagi penerangan pasal vaksin ) jadi tenang.

( 2 minit )
Siap saja kaunseling terus masuk untuk terima suntikan vaksin. Nurse akan tanya nama dan vaksin apa yang kamu dapat. Dia akan teruskan untuk pemberian vaksin.

( 15minit )
Bergerak ke ruang rehat sini kena suruh rehat untuk 15 minit.. incase kalau ada simptom sesak nafas atau tidak sihat. Kalau ok semua, diorang akan panggil nama. Set temujanji untuk dos yang kedua dan boleh balik.

Semua proses siap dalam masa kurang dari 40 minit sahaja.

***

Jadi ikutlah temujanji yang diorang bagi di mysejahtera 2 tidak perlu berebut-rebut mahu vaksin awal, kita bukan mahu cari pemenang siapa duluam vaksin kan?! Bantulah memudahkan urusan petugas kesihatan ya.. penat diorang itu.

Untuk vaksin bekerja perlu dapat 2 dos dan ada tempoh masa vaksin itu boleh hilang kesan sekiranya tidak dapat dos yang kedua dalam masa yg ditetapkan, silap-silap ada yg terpaksa suntik balik dos pertama untuk kali yang kedua.

Jangan sia-sia kan qouta vaksin yg kerajaan berikan. 😊

Comments

Popular posts from this blog

ILMU TAYAR