JENIS-JENIS GANGGUAN PSIKOLOGI

1. Anorexia Nervosa - Rasa takut untuk makan kerana inginkan tubuh badan yang kurus dan ideal.

2. Hoarding Disorder - Suka mengumpul barang tanpa tujuan sehingga persekitaran rumah bersepah dan tidak teratur.

3. Bipolar - Perubahan mood yang tidak menentu,sekejap gembira,sekejap sedih tanpa sebab.Berlaku dalam tempoh masa episod maniac yang tertentu.

4. Binge - Eating Disorder - Makan dalam kadar luar kebiasaan kemampuan manusia.Terlalu obses kepada makanan.

5. Bulimia Nervosa Disorder - Tabiat memuntahkan kembali makanan kerana inginkan tubuh badan yang ideal.

6. Pica Eating Disorder - Tertarik untuk memakan objek selain daripada makanan seperti rambut,rumput,kayu dan kaca.

7. Adhd - Bersikap aktif luar daripada kebiasaan,tidak suka duduk diam dan mudah bersikap pelupa.

8. Autism - Kurang interaksi sosial,tiada eye contact dan hidup di dalam dunia sendiri.

9. Obsessive Compulsive Disorder (Ocs) - Melakukan suatu tindakan secara berulang-ulang.

10. Post Traumatic Stress Disorder (PTSD) - Gangguan mental trauma setelah melihat peristiwa yang tidak menyenangkan.Sebagai contoh,peristiwa pembunuhan di medan perang.

11. Dyslexia Disorder - Kesukaran untuk membaca,menulis, dan mengira.Sebagai contoh,tidak dapat membezakan di antara nombor 1 dan huruf i.

Setiap manusia adalah unik,

Individu yang mengalami gangguan psikologi tidak bererti mereka adalah lemah.

Perkara ini mungkin nampak mudah dan ringan,tetapi besar kesannya jika kita tidak ambil tahu.

Jaga Diri,Jaga Mental.



Kredit : Aidil Nor Adha

Comments

Popular posts from this blog

ILMU TAYAR

PENGALAMAN SEMASA MENGAMBIL VAKSIN