Oriental Lifestyle Foodie | Li Ziqi

Kisah Blogger Wanita paling popular di China dan Serata dunia 🌸 Li Ziqi
Ramai yang mungkin sudah mengenalinya dari Video yang sering dimuat naik di Channel Youtube miliknya yang bernama 'Li Ziqi' sehingga ke hari ini, subscriber di laman Youtube-nya sudah mencecah lebih 15.1 juta orang! ζŽε­ζŸ’ Liziqi
Video yang dimuat naik semuanya mempunyai jutaan penonton dan beribu-ribu komen ditinggalkan oleh peminatnya.

Namun ramai yang tidak mengetahui kehidupan Li Ziqi sebelum mencapai puncak kejayaan. Penuh dengan onak ranjau dan kesedihan.
Ibu bapanya bercerai ketika dia masih kecil, ayahnya juga meninggal dunia ketika dia masih kecil.
Lalu dia pun tinggal bersama Datuk dan neneknya di kampung.
Datuk Li merupakan seorang tukang masak dan sering dipanggil untuk memasak apabila ada acara keramaian seperti perkahwinan atau perayaan.
Disitulah Li belajar memasak dan perihal kehidupan daripada datuknya. Termasuklah menanam, bertukang, menjahit dan sebagainya.

Pada usia 14 tahun, Li Ziqi berhenti sekolah kerana datuk dan neneknya yang semakin tua dan menjadi tanggungjawabnya utk menyara mereka pula. Dia pergi ke bandar utk mencari pekerjaan. Pelbagai kerja yg dilakukannya, antaranya sebagai pelayan restoran, DJ kelab malam malah pernah menjadi 'technician' disana.
Dia selalu berlapar dan mengumpulkan wang agar dapat dihantar pulang ke kampungnya.

Apabila datuknya telah meninggal dunia, nenek Li merupakan dunianya. Dia pulang ke kampung pada tahun 2012 untuk menjaga neneknya yang semakin uzur dan menguruskan tanah di kampung mereka. Dia bercucuk tanam, menjaga ternakan, membanting tulang 4 kerat layaknya seorang petani dan menjaga neneknya yang kian dimamah usia.

Li berfikir bagaimana untuk mencari sumber kewangan yang lebih kerana kehidupan serba kekurangan mereka. Sehinggalah dia mencuba untuk memuat naik video memasaknya di Meipai, laman video popular di China. Li menunjukkan video masakannya di kampung namun tidak mendapat sambutan. Namun li tetap berusaha dengan memuat naik lebih banyak video sehinggalah dia mula dikenali ramai sebagai 'Oriental Lifestyle Foodie' dimana videonya mula mendapat tontonan umum kerana keikhlasannya dalam memasak dan menunjukkan keindahan kampung halamannya di Sichuan, China.

Sebelum menjadi popular, Li merakam dan mengedit semua videonya sendiri tanpa ada bantuan. Kadang-kadang Li akan meletak video di Pokok, di atas batu dan mana mana tempat sesuai agar kelihatan aktiviti yg dilakukannya. Li juga akan mengedit semua sendiri dgn skil yg telah dipelajari di bandar apabila dia bekerja disana dahulu.

Kini Li mempunyai dua pembantu dalam membantunya mengambil video dan mengedit apabila sudah terlalu banyak proses suntingan perlu dilakukan.

Di dalam Video yg dimuat naik di Youtube, anda dpt saksikan Li membuat semuanya secara bersendirian tanpa ada bantuan.Ya memang benar kerana Li merupakan seorang wanita yg sangat berdikari, dia mampu membuat set perabot sendiri dari pokok buluh,membuat pakaian sendiri dari bulu kambing dan ulat sutera. Semuanya dilakukan dari mula sehingga akhir.


Video Li sangat kurang dalam percakapan kerana dia mahu para penonton merasai sendiri suasana seperti bunyi alam sekitar, bunyi masakan yang mampu buat penonton berasa tenang dan seakan seperti dibawa menyelami keadaan di kampungnya.

Kini Li merupakan insan yang sangat popular di negaranya dgn anggaran pendapatan lebih RM7 juta setahun!!! 
Sudah beberapa kali dinobatkan tokoh dan mendapatkan penghargaan dari negaranya. Namun Li tetap merendah diri dan kurang mendedahkan dirinya selain memuat naik video di kampung bersama nenek tercinta.

Li telah mempunyai jenama sendiri dan kini ada ramai pengikut yang sentiasa tidak sabar untuk mengikuti perkembangannya.
Ramai pula yang membuka Channel Youtube mereka dengan menjadikan Li Ziqi sebagai inspirasi mereka. Sudahlah cantik, bijak dan sangat berdikari pula.

Rata rata yg suka menonton video Li menyifatkan bahawa Videonya sangat menenangkan hati, menghilangkan stress dan paling penting mengajar bahawa kita perlu selalu dekat dengan alam sekitar kerana alam merupakan kurniaan Tuhan yg perlu dipelihara.
Ramai yg meninggalkan komen untuk menjadi seperti Li, wanita yang menggunakan sepenuh kudratnya tanpa mengambil kesempatan atau menggunakan orang lain demi kepentingan peribadi. Sebaliknya hanya ingin menjalani hidupnya dengan sebaik mungkin.


Semoga kisah ini menjadi iktibar dan 
pengajaran bagi kita semua bahawa seorang yang tabah dan gigih berusaha pasti akan berjaya di akhirnya. Apatah lagi apabila mendapat berkat dari orang tua. ♥️πŸ™πŸΌ

Credit : Malaysian Beauty Pageant FC | Facebook

Comments

Popular posts from this blog

ILMU TAYAR

PENGALAMAN SEMASA MENGAMBIL VAKSIN