DONAT RED VELVET

Resepi sama donut macam biasa, cuma tambah tepung gandum sahaja bagi cukup 3 cawan. Disebabkan 1 paket tepung itu sikit sahaja, jadi tambah sahaja tepung gandum. BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN : π© 3 cawan tepung gandum ( Termasuk tepung kek red velvet ) π© Telur - 1 biji π© Marjerin - 2 sudu π© Susu pekat - 3 sudu π© Garam sedikit ( agak-agak ) π© Yis - 4 sudu π© Gula - 3 sudu π© Baking powder - 1 Sudu π© Air suam ( agak-agak sahaja janji tidak lembik atau keras tepung ) CARA-CARA PENYEDIAAN : π₯£ Yis dan gula campur sekali dengan air suam π₯£ Selepas Yis kembang, campur semua dalam tepung. Boleh uli dan perap bagi kembang π₯£ Dah kembang sekali ganda π₯£ Buang angin uli sekejap π₯£ Bulat-bulatkan donut dan tunggu kembang sekejap, baru goreng. β¨οΈ Api jangan kuat sangat nanti cepat hangit.