Posts

ILMU TAYAR

Image
Huruf terakhir – Contoh : H adalah had maksimum kelajuan 210 KM/JAM ( Jangan main tekan pedal ikut suka ya! ) Jika ianya huruf terakhir seperti di bawah, ia membawa maksud :  i. S = Maksimum had laju 180 KM/JAM ii. T = Maksimum had laju 190 KM/JAM  iii. U = Maksimum had laju 200 KM/JAM iv. V = Maksimum had laju 240 KM/JAM v. Z = Melebihi had laju 240 KM/JAM vi. W = Maksimum had laju 270 KM/JAM vii. Y = Maksimum had laju 300 KM/JAM viii. ZR = Melebihi 270 KM/JAM keatas Check tayar masing-masing cepat. Ini main hentam saja, apa huruf pun 260 KM/JAM dia tekan. Tapi ingat, walaupun pakai tayar huruf ZR, maximum kelajuan di jalan kita di Malaysia adalah 120 KM/J saja.

DONAT RED VELVET

Image
Resepi sama donut macam biasa, cuma tambah tepung gandum sahaja bagi cukup 3 cawan. Disebabkan 1 paket tepung itu sikit sahaja, jadi tambah sahaja tepung gandum. BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN : 🍩 3 cawan tepung gandum ( Termasuk tepung kek red velvet ) 🍩 Telur -  1 biji 🍩 Marjerin - 2 sudu 🍩 Susu pekat - 3 sudu 🍩 Garam sedikit ( agak-agak ) 🍩 Yis - 4 sudu 🍩 Gula - 3 sudu 🍩 Baking powder - 1 Sudu 🍩 Air suam ( agak-agak sahaja janji tidak lembik atau keras tepung ) CARA-CARA PENYEDIAAN : 🥣 Yis dan gula campur sekali dengan air suam 🥣 Selepas Yis kembang, campur semua dalam tepung. Boleh uli dan perap bagi kembang 🥣 Dah kembang sekali ganda 🥣 Buang angin uli sekejap 🥣 Bulat-bulatkan donut dan tunggu kembang sekejap, baru goreng. ♨️ Api jangan kuat sangat nanti cepat hangit.

MAKANAN IBU BERPANTANG

Image
Jenis Makanan Yang Tak Boleh Dimakan Oleh Ibu Berpantang Selepas Bersalin : •  Ikan kembung - Gatal •  Ikan cencaru - Tajam   •  Ikan siakap - Boleh menyebabkan bentan •  Ikan sardin - Gatal •  Ikan tongkol - Gatal •  Semua makanan dalam tin - Tinggi garam, angin dan bisa   •  Sayur kangkung - Sejuk dan angin •  Timun - Sejuk   •  Terung - Sejuk dan boleh menyebabkan bentan   •  Nenas - Tajam dan boleh menyebabkan bentan   •  Kacang tanah - Angin   •  Telur - Gatal Paling dielakkan oleh ibu bersalin czer kerana boleh menyebabkan luka czer menjadi gatal dan bernanah, •  Santan - Sejuk dan angin Jenis makanan paling disyorkan buat ibu berpantang : ✅ Ikan haruan   ✅ Ikan selar   ✅ Ikan gelama ✅ Ikan merah ✅ Daging   ✅ Sayur sawi ✅ Sayur carrot   ✅ Sayur brokoli   ✅ Buah oren manis   ✅ Kismis ✅ Kurma ✅ Madu   ✅ Habbatussauda'   ✅ Susu kambing ✅ Halia ✅ Bawang putih   ✅ Lada hitam   ✅ Ulam pegaga Makanan bergoreng elakkan ya sampai pada minggu kedua berpantang baru boleh mak

10 KEBAIKAN SAFFRON UNTUK KESIHATAN

Image
Khasiat saffron yang banyak menjadikan rempah ini mahal.  Sekurang-kurangnya, terdapat 10 kebaikan untuk kesihatan saffron yang telah terbukti berkesan. Saffron adalah rempah yang paling mahal di dunia. Sebab harganya agak mahal kerana cara penuaian saffron, jadi kos pengeluaran rempah ini mahal. Saffron dituai dengan tangan daripada bunga  Crocus sativus , umumnya dikenali sebagai  saffron crocus . 10 KEBAIKAN SAFFRON UNTUK KESIHATAN YANG TERBUKTI 1. Antioksida yang kuat Manfaat pertama saffron adalah sebagai antioksida yang kuat.  Saffron mengandungi pelbagai sebatian tumbuhan yang bertindak sebagai antioksida, molekul yang melindungi sel daripada radikal bebas. Saffron mengandungi safranal yang boleh membantu meningkatkan mood, ingatan, dan kebolehan pembelajaran, serta melindungi sel-sel otak daripada tekanan oksidatif. Kemudian, kaempferol ditemui dalam kelopak bunga saffron.  Sebatian ini telah dikaitkan dengan faedah kesihatan, seperti mengura

RUMPUT DEGIL

Image
DEGIL-DEGIL PUN BANYAK MANFAATNYA TAU.. Hai semua, saya mahu share salah satu jenis tumbuhan yang semua orang tak pandang pokok ini walau pun sebelah mata. Sebab apa? Mungkin sebab dia adalah tumbuhan yang menyebabkan kita semua rasa meluat dengan kedegilannya. Buang nanti akan tumbuh lagi, buang tumbuh lagi, kalau tumbuh lagi mesti buang. Siapa pernah tengok pokok rumput ini? Tumbuh subur dimana-mana sahaja tanah yang selalu semua pijak. Saya perkenalkan, inilah Pokok Rumput Sambau, Rumput Degil, Rumput Liat, Rumput Kucing dll.. Tepi rumah, belakang rumah, dalam longkang, dalam pasu, tepi jalan, dalam garaj. Pendek kata semua tempat dia ada. Tebas nanti tumbuh lagi, walaupun diracun, selang 2 minggu dia tumbuh balik. Sebenarnya kita tak tahu khasiatnya sebab itu kita meluat, rimas dan menyumpah bagai. 😅 Bila sudah tahu nanti bolehlah amal ya, bila sudah tahu nanti janganlah pergi cari benih dan tanam pula ya sebab paling senanglah mahu dapat ini. Jom kita baca dan ambil t

JENIS-JENIS GANGGUAN PSIKOLOGI

Image
1. Anorexia Nervosa - Rasa takut untuk makan kerana inginkan tubuh badan yang kurus dan ideal. 2. Hoarding Disorder - Suka mengumpul barang tanpa tujuan sehingga persekitaran rumah bersepah dan tidak teratur. 3. Bipolar - Perubahan mood yang tidak menentu,sekejap gembira,sekejap sedih tanpa sebab.Berlaku dalam tempoh masa episod maniac yang tertentu. 4. Binge - Eating Disorder - Makan dalam kadar luar kebiasaan kemampuan manusia.Terlalu obses kepada makanan. 5. Bulimia Nervosa Disorder - Tabiat memuntahkan kembali makanan kerana inginkan tubuh badan yang ideal. 6. Pica Eating Disorder - Tertarik untuk memakan objek selain daripada makanan seperti rambut,rumput,kayu dan kaca. 7. Adhd - Bersikap aktif luar daripada kebiasaan,tidak suka duduk diam dan mudah bersikap pelupa. 8. Autism - Kurang interaksi sosial,tiada eye contact dan hidup di dalam dunia sendiri. 9. Obsessive Compulsive Disorder (Ocs) - Melakukan suatu tindakan secara berulang-ulang. 10. Post Traumatic Stress Dis

RESEPI BOMBOLINI GEBU

Bahan-bahan : 1/2 cawan susu segar / susu pekat manis tin (suam-suam kuku) 2 sb gula 1 sb yis 1sb baking powder 2 cawan tepung gandum 1/2 sk garam 1 sk esen vanila 1 biji telur 2 sb mentega (sejuk) Inti Bomboloni : Whipping Cream Acin Vanila Ikut citarasa : Durian / Oreo Cara-cara : 1. Kacau gula dan yis di dalam susu segar/ tin suam dan biarkan sehingga yis kembang dan berbuih. Lebih kurang 15-20 minit. 2. Campurkan tepung, baking powder dengan garam, esen vanila dan telur. Pukul atau uli dengan tangan sehingga rata. 3. Masukkan susu tadi kedalam adunan tepung. Pukul atau uli sehingga sebati. 4. Masukkan mentega sejuk ke dalam adunan dan pukul lagi atau uli sehingga adunan tidak melekat di tangan. 5. Rehatkan adunan sehingga kembang 2 kali ganda lebih kurang 60 minit. 6. Setelah kembang, leperka. Adunan lebih kurang 1cm dan tekap bulat. 7. Biarkan doh kembang seketika. 8. Panaskan minyak dan goreng doh tadi sehingga garing. Minyak jangan terlalu panas kerana doh akan cepat rentung. Gu